Para guru SMK Desa Kenca menghadiri program 'HARI BERSAMA KOMUNITI PENDIDIKAN' yang diadakan di SK Lahad Datu II. Majlis bermula jam 7.30 pagi dan dirasmikan oleh Tuan Haji Makhtar bin Haji Nor, Ketua Sektor, Psikologi dan Kaunseling, JPN Sabah.
Program ini telah dimulakan oleh En Raflee b. Haji Mukadim, Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan
Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk ceramaha slot PBS dan PT3.
Tujuan program Hari Komuniti in adalah untuk memberi maklumat jelas tentang program - program KPM, JPN dan PPD dalam menangani 3 isu utama pendidikan iaitu kehadiran guru, kehadiran murid dan salahlaku murid.
Slot ke 2 disampaikan oleh En Muddin dengan tajuk "Guru Mengajar Murid Belajar" yang merupakan sebuah ideologi dari Pengarah JPN Sabah sendiri.
Selain itu, program ini juga berobjektif untuk membantu sekolah meningkatkan iklim persekolahan yang kondusif dan membantu melonjakkan sekolah-sekolah sasaran daripada band 5 dan 6 ke band yang lebih baik.
Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, Umin Bin Hj Sadi memberi sepatah dua ucapan.
Gambar di bawah merupakan antara kakitangan SMK Desa Kencana yang hadir ke program ini.
Comments
Post a Comment