Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana dibuka pada 04 Disember 1995, telah mendapat nama sempena nama kampung ia dibina iaitu Kampung Desa Kencana, FELDA Sahabat 03, Lahad Datu, Sabah.
Seramai 333 orang pelajar (kelas Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sahaja dibuka) telah mendaftarkan diri pada minggu pertama pembukaan. Terdapat seramai 4 orang guru termasuk pengetua pertamanya, Encik Wajuhus Bin Juhin.
sesi pengajaran dan pembelajaran telah dimulakan pada awal tahun 1996.Sebanyak 5 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2 telah dibuka. Pada bulan Januari 1996 itu juga asrama SMK Desa Kencana telah dibuka untuk pelajar yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.Sejajar dengan peningkatan usianya, jumlah tenaga pengajar SMK Desa Kencana juga kian bertambah.
Pada Januari 2013, pengetua ke-5 SMK Desa Kencana, En Jefri Bin Hj Abdul Ahmad telah berpindah dan tugas tersebut kini disandang oleh En Zamri B Pehakan sehingga kini (Ogos 2014).
Kini setelah menjangkau usia 18 tahun, SMK Desa Kencana mempunyai 51 buah kelas dari kelas Pendidikan Khas hingga ke Tingkatan 6 atas. Kebanyakkan pelajar sekolah ini adalah anak-anak peneroka dan kakitangan Felda Sahabat, Lahad Datu.
Sepanjang pembukaan sekolah ini, antara kejayaan yang diraih oleh sekolah ini adalah :
1. Sekolah Cemerlang (2007)
2. Sekolah Kluster (2008)
Dinaiktaraf sebagai kluster pada tahun 2008.

Comments
Post a Comment